KAMI KINI STOKIS DAN PENGEDAR HR MARKERTING
Wednesday, 23 May 2012
Friday, 27 April 2012
pink o pink
Semasa majlis pertunangan salah
seorang adik dalam group chinta hati salah seorang daripada ahli kumpulan ini
telah mengutarakan persoalan tentang kombinasi warna untuk majlis pertunanganya
nanti. Warna utama yang di pilih ialah merah jambu (pinK) wah…. Warna kegemaran akak tu….
Merah Jambu (pink)
Kita sedia maklum pink ini
berkaitan dengan ‘lembut’ dan warna kewanitaan. Pink ialah evolusi daripada
merah. Dengan kelembutan yang ada, pink mendefinisikan kesensiifan hanti, yang
sentias dan melindungi dan menyanyangi. Sesiapa yang mengabadikan warna pink
ini akan kelihatan penuh dengan sifat keibuan, yang sentiasa melindungi yang
tersayang dengan penuh perhatian.
Di bawah ini ada beberapa
kombinasi warna yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada adik itu dan
adik-adik yang lain.
Kombinasi warna yang
selalu/biasa
putih
Merupakan kombinasi
yang paling mudah. Kita sedia maklum bahawa putih boleh di gabungkan dengan apa
jua warna. Sekiranya anda memilih pink yang agak garang, putih akan membantu
untuk melembutkan pakaian/deco/hantaran anda
cream
Seperti putih juga, cream merupakan salah satu
pilihan yang mudah untuk kombinasi ini. Sekiranya tidak mahu nampak ‘boring’
tapi masih mahu mengekalkan ke ‘simplelan’ anda boleh menggunakan kombinasi
warna ini
Pink
Kombinasi antara warna yang sama cuma dari tune yang berbeza
mudah untuk di gabungkan. Anda hanya perlu bermain dengan tune warna sahaja
untuk persiapan anda kerana sekiranya anda hanya memilih satu warna sahaja
mungkin anda akan kelihatan membosankan.
Kombinasi warna yang luar
biasa dan berani
hitam
Warna hitam dikatakan warna
yang lebih konservetif kerana seperti putih ia sesui untuk di padankan dengan
pelbagai warna terutama warna yang lebih terang dan lembut. Perwatakan unggul
dan misteri, hitam menimbulkankan unsur seksi dan sofistikated dengan sedikit
sutikan moden. Hitam juga memberi definisi klasik, tidak mengikut pengedaran
zaman. Sebagai pilihan yang menonjolkan erti mewah, hitam kelihatan elegen
walaupun anda berada di zaman mana pun.
hijau
Warna hijau
menimbulkan unsur hidup, segar, alam dan kesuburan. Anda yang memilih warna
hijau pasti mengutamakan kesihatan dalam alam. Sebagai warna yang harmoni dan
seimbang. Hijau merupakan gabung warna panas- kuning dan warna sejuk- biru. Ia
merupakan warna yang menenangkan dan aman. Jadi anda dapat di definisikan
sebagai seorang yang penyanyang jujur dan bertanggungjawab
biru
Warna yang
menenagkan, sentiasa mengambil berat tentang orang lain dan cool. Biru
melambangkan keamanan. Anda yang menggemari warna biru merupakan seorang yang
berhati-hari , konservatif dan penyabar. Berunsurkan ketenangan, pasangan biru
adalah setia dengan memerlukan suasana yang tenang dan harmoni.
coklat
Coklat
melambangkan seorang yang bertanggungjawab fan membunyai kesihatan fizikal yang
baik, ia merupakan simbul menyenangkan,kepuasan dan kejujuran
Unggu
Sentiasa dikaitakn sebagai mewah dan warna yang penuh dengan
emosi. Ia merupakan symbol hormat, bertolak ansur dan bernilai. Si penggemar
unggu sorang yang bertolak ansur, bijak sentiasa memberi layanan yang istimewa.
Jadi macam mana? Dah dapat warna kombinasi
yang sesuai? Anda perlu tahu warna yang anda pilih untuk majlis perkahwinan
anda memcerminkan personality dan gaya anda. Ia boleh menimbulkan suasana romantic
dan juga elegen serta menjadikan kegembiraan anda dengan warna-warna ceria
terutamanya warna kegemaran anda. Warna juga memepengaruhi mood dan menyerapkan
aura sendual, keselesaan, harmoni dan macam-macam lah….. selamat membuat
persiapan….
Subscribe to:
Posts (Atom)