Friday 27 April 2012

pink o pink


Semasa majlis pertunangan salah seorang adik dalam group chinta hati salah seorang daripada ahli kumpulan ini telah mengutarakan persoalan tentang kombinasi warna untuk majlis pertunanganya nanti. Warna utama yang di pilih ialah merah jambu (pinK) wah…. Warna kegemaran akak tu….
Merah Jambu (pink)
Kita sedia maklum pink ini berkaitan dengan ‘lembut’ dan warna kewanitaan. Pink ialah evolusi daripada merah. Dengan kelembutan yang ada, pink mendefinisikan kesensiifan hanti, yang sentias dan melindungi dan menyanyangi. Sesiapa yang mengabadikan warna pink ini akan kelihatan penuh dengan sifat keibuan, yang sentiasa melindungi yang tersayang dengan penuh perhatian.
Di bawah ini ada beberapa kombinasi warna yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada adik itu dan adik-adik yang lain.
Kombinasi  warna yang selalu/biasa

putih
Merupakan kombinasi yang paling mudah. Kita sedia maklum bahawa putih boleh di gabungkan dengan apa jua warna. Sekiranya anda memilih pink yang agak garang, putih akan membantu untuk melembutkan pakaian/deco/hantaran anda

 cream
Seperti putih juga, cream merupakan salah satu pilihan yang mudah untuk kombinasi ini. Sekiranya tidak mahu nampak ‘boring’ tapi masih mahu mengekalkan ke ‘simplelan’ anda boleh menggunakan kombinasi warna ini

Pink
Kombinasi  antara warna yang sama cuma dari tune yang berbeza mudah untuk di gabungkan. Anda hanya perlu bermain dengan tune warna sahaja untuk persiapan anda kerana sekiranya anda hanya memilih satu warna sahaja mungkin anda akan kelihatan membosankan.






Kombinasi  warna yang luar biasa dan berani
hitam
Warna hitam dikatakan warna yang lebih konservetif kerana seperti putih ia sesui untuk di padankan dengan pelbagai warna terutama warna yang lebih terang dan lembut. Perwatakan unggul dan misteri, hitam menimbulkankan unsur seksi dan sofistikated dengan sedikit sutikan moden. Hitam juga memberi definisi klasik, tidak mengikut pengedaran zaman. Sebagai pilihan yang menonjolkan erti mewah, hitam kelihatan elegen walaupun anda berada di zaman mana pun.

 hijau
Warna hijau menimbulkan unsur hidup, segar, alam dan kesuburan. Anda yang memilih warna hijau pasti mengutamakan kesihatan dalam alam. Sebagai warna yang harmoni dan seimbang. Hijau merupakan gabung warna panas- kuning dan warna sejuk- biru. Ia merupakan warna yang menenangkan dan aman. Jadi anda dapat di definisikan sebagai seorang yang penyanyang jujur dan bertanggungjawab

 biru
Warna yang menenagkan, sentiasa mengambil berat tentang orang lain dan cool. Biru melambangkan keamanan. Anda yang menggemari warna biru merupakan seorang yang berhati-hari , konservatif dan penyabar. Berunsurkan ketenangan, pasangan biru adalah setia dengan memerlukan suasana yang tenang dan harmoni.

coklat
Coklat melambangkan seorang yang bertanggungjawab fan membunyai kesihatan fizikal yang baik, ia merupakan simbul menyenangkan,kepuasan dan kejujuran

Unggu
Sentiasa dikaitakn sebagai mewah dan warna yang penuh dengan emosi. Ia merupakan symbol hormat, bertolak ansur dan bernilai. Si penggemar unggu sorang yang bertolak ansur, bijak sentiasa memberi layanan yang istimewa.

Jadi macam mana? Dah dapat warna kombinasi yang sesuai? Anda perlu tahu warna yang anda pilih untuk majlis perkahwinan anda memcerminkan personality dan gaya anda. Ia boleh menimbulkan suasana romantic dan juga elegen serta menjadikan kegembiraan anda dengan warna-warna ceria terutamanya warna kegemaran anda. Warna juga memepengaruhi mood dan menyerapkan aura sendual, keselesaan, harmoni dan macam-macam lah….. selamat membuat persiapan….