Thursday 17 March 2011

KENDURI DI KAMPUNG VS KENDURI DI TAMAN PERUMAHAN

     Cuti sekolah yang seminggu ini pastinya ramai yang melangsungkan perkahwinan. Apa yang aku nak coretkankan di laman ini adalah perbezaan kenduri di kampung dengan kenduri di taman perumahan.

     Diawal cuti ini aku mendapat 2 jemputan kenduri kahwin satu di taman kampung dan 1 di taman perumahan. dari tajuk topik ini telah jelas banyak perbezaannyakan. Aku kecilkan skop perbincangan kita. Aku menyentuh prihal kejiranan. Huis.... ha memang berjurang perbezaannya.

Kita selalu mendengar jiran-jiran di kawasan taman perumahan tak peduli hal-hal jiran tertangga ni. katanya tak nak jaga tepi kain orang katanya. Aku tak berapa nak peduli sangat dengan stadment ni tetapi apabila aku dan suami mengalaminya sendiri, baru aku menyedari bahawa penyataan itu memang benar. Apabila kenduri diadakan di taman perumahan biasalah pasti akan memasang khemah penuh lorong. Jiran-jiran kena faham lah, nak kenduri katakan. Bayangkanlah aku dan suami beserta seorang lagi sahabat telah siap menyusun meja untuk khemah pengantin tinggal nak pasang kain-kainnya dan decoration sahaja. banyangkan boleh sepasang suami isteri ini nak lalu juga lorong tu dengan alasan nak masuk ke rumah. mengeras-ngeras nak lalu. kalau dia manusia yang berakal, bertimbang rasa dan mempunyai semangat kejiranan dia tak akan minta lalu kalau orang dah siap 'setting'. Malas nak gaduh aku, suami dan sahabat ubah la bagi laluan pasa mereka. Pulak tu boleh buat permintaan khemah yang berdepan dengan rumah dia jangan di susun lagi meja kerusi sebab esok pukul 4 dia nak keluar bekerja di Kuala Lumpur dan isterinya keluar bekerja pada jam 8.30pagi. Sahabat yang membantu kami meminta mereka 'Parking' kereta mereka di luar sahaja supaya mudah untuk keluar esok. mereka boleh jawab. "Ala....kenduri makan tengah hari..." perh.... berasap telinga aku rasanya. Sudahlah tidak datang menjenguh keluarga nak kenduri. Apatah lagi nak menolong. Kalau jenis ini kompom tak gi punya la kendurinya. Memang berbeza dengan satu majlis Walimatuurus sahabat aku yang diadakan di kampung siap pasang khemah di 2 laman rumah jiran. masak untuk jamuan pun di lakukan secara gotong royong.  

     Beringatlah... esok lusa apabila kita nak kenduri baik besar atau pun kecil, masak sendiri atau gotong royong. Kita perlu gunakan orang membantu kita. tak banyak mungkin sikit. bertimbang rasalah sikit. tak rugi mana pun kalau kita tolong menolong. tak melalui tenaga atau wang ringgit mungkin melalui idea atau khidmat nasihat. Fikirkanlah....

Qaseh Fiza

0 comments:

Post a Comment